Perabot Jati : Kenali Asal Usul Kayu Jati

Info Tentang Pokok Jati.



Pokok Jati 

  • Sejenis pohon untuk menghasilkan kayu bermutu tinggi. 
  • Pohon besar, berbatang lurus, dapat tumbuh mencapai tinggi 30-40 m. Berdaun besar, yang luruh di musim kemarau. 
  • Jati dikenal dunia dengan nama teak (bahasa Inggeris). Nama ini berasal dari kata thekku (തേക്ക്) dalam bahasa Malayalam. 
  • Jati memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai 30 – 60 cm ketika dewasa. 
  • Jati memiliki pertumbuhan yang lambat dengan germinasi rendah (biasanya kurang dari 50%) yang membuatkan proses penghasilannya menjadi sukar sehingga tidak cukup untuk menutupi permintaan atas kayu jati. 
  • Jati biasanya ditanam dengan menggunakan biji. Akan tetapi penanamannya menjadi sukar kerana lapisan biji jati adalah sangat keras. 

Beberapa alternatif telah dilakukan untuk mengatasi lapisan luar biji jati seperti :
  • Merendam biji dalam air. 
  • Memanaskan biji dengan :- 
    • Api kecil atau pasir panas, serta menambahkan asam, basa, atau bakteria. 


Biji Pokok Jati 

Akan tetapi alternatif tersebut masih belum cukup untuk menghasilkan jati dalam waktu yang cepat dan jumlah yang banyak. 

Umumnya, Jati yang sedang dalam proses mungkin terdedah pada beberapa penyakit antaranya leaf spot disease yang disebabkan oleh Phomopsis sp., Colletotrichum gloeosporioides, Alternaria sp., dan Curvularia sp., leaf rust yang disebabkan oleh Olivea tectonea, dan powdery mildew yang disebabkan oleh Uncinula tectonae.

Menurut kebanyakkan ahli botanic, pokok jati berasal dari Burma. Selain dari itu, ada juga ahli botanic mengatakan yang ianya berasal dari India, Muangthai, dan Laos. 


Kayu jati merupakan kayu kelas satu kerana kekuatan, keawetan dan keindahannya. Secara teknikalnya, kayu jati memiliki kelas kekuatan I dan kelas keawetan I. Kayu ini sangat tahan terhadap serangan anai-anai.

Kayu teras jati berwarna coklat muda, coklat kelabu hingga coklat merah tua. Meskipun keras dan kuat, kayu jati mudah dipotong dan diukir, sesuai untuk membuat perabot dan ukir-ukiran. Ira-ira pada kayu jati mencantikkan lagi perabot yang di buat darinya.

Ira pada kayu jati.

Dengan kehalusan tekstur dan keindahan warna kayunya, jati dilabelkan sebagai kayu mewah. Oleh kerana itu, jati banyak digunakan menjadi perabot taman, hiasan dalaman, pintu, dan anak tangga.


Perabot Jati mudah untuk diukir kayu jati dan sangat kuat serta tidak mudah berubah bentuk disebabkan oleh cuaca. Disebabkan itu, kayu jati digunakan sebagai bahan dok pelabuhan, jambatan, kapal , dan kapal perang. Pada abad ke-19, tukang kayu di Eropah akan meminta upah tambahan jika pelanggan ingin membuat barangan menggunakkan kayu jati. Ini kerana kayu jati adalah keras hingga mampu menumpulkan perkakas dan menghilangkan tenaga mereka. Pedagang Inggeris pada zaman dahalu akan menyarankan supaya elakkan dari melanggar kapal yang diperbuat dari kayu jati kerana boleh menyebabkan kerosakkan teruk pada kapal mereka.


Terdapat sesetengah ahli botanic berpendapat bahawa Jati burma lebih kuat sedikit dibandingkan jati jawa. Namun, di Indonesia sendiri, jati jawa menjadi pilihan ramai. Tekstur jati jawa lebih halus dan kayunya lebih kuat dibandingkan jati dari daerah lain di negara tersebut. Produk-produk eksport yang disebut java teak (jati jawa, khususnya dari Jawa Tengah dan Jawa Timur) sangat terkenal dan diburu oleh pengumpul barangan di luar negara.


Mengenali kayu jati :- 
  • Jati lengo atau jati malam, memiliki kayu yang keras, berat, terasa halus bila diraba dan seperti mengandung minyak (Jw.: lengo, minyak; malam, lilin). Berwarna gelap, banyak berbercak dan bergaris. 
  • Jati sungu. Hitam, padat dan berat (Jw.: sungu, tanduk). 
  • Jati werut, dengan kayu yang keras dan serat berombak. 
  • Jati doreng, berkayu sangat keras dengan warna loreng-loreng hitam menyala, sangat indah. 
  • Jati kembang. 
  • Jati kapur, kayunya berwarna keputih-putihan karena mengandung banyak kapur. Kurang kuat dan kurang awet.

Di sebabkan permintaan kayu jati yang agak tinggi di Malaysia, kebanyakkan peniaga akan mengambil kayu jati yang bergred rendah dan menjualnya dengan harga yang tinggi. Mereka akan menyapu varnish pada perabot tersebut sehingga sangat gelap agar kelihatan seperti kayu gred tinggi serta dapat menutup kesan-kesan cacat pada perabot tersebut.

Tiada ulasan: